Penganggur Sementara :)
Tuesday, January 15, 2013, [0] Monster Assalamualaikum
sejak-sejak habis sekolah ni . duduk rumah je lahh . jadi penganggur sementara . dah macam suri rumah tangga pun ada . haha . nak kerja susah sebab tengah ambik lesen . lagi pun jauh kalau nak kerja . haha . banyak alasan . so just duduk rumah . lbak kata nenek aku , " practices jadi suri rumah , nanti dah kahwin senang . " ade ke patut ? --' haha .
bangun pagi , solat subuh lepas tu siap kan adik-2 nak pergi sekolah . lepas tu nak sambung tidur tak boleh . orang kata tak elok , nanti rezeki susah nak masuk . betul ke ? aku ikut je . lepas adik-2 pergi sekolah , umi & papa pulak pergi kerja . setiap kali sebelum papa pergi kerja , pesanan yang sama je . " kunci pagar tau " . maklumlah sekarang ni macam-2 berlaku . dah alang-2 papa suruh kunci pagar , biar aku kunci semua pintu kat rumah ni . baru macam tak de orang sikit . tak de lah orang kacau . haha . then , basuh baju , sidai baju , basuh pinggan mangkuk , kemas rumah . baru macam bibik sikit . hahaha , lepas tak tahu nak buat apa baru lah online je kerja aku . tak pun layan movie-2 kat youtube . bosan gila .
tengah hari adik balik baru lahh ada teman nak berborak . kalau tak macam orang bisu aku ni kat rumah . kadang-2 adik balik lepas tu keluar balik . * dah macam aku masa time sekolah . dah balik nak keluar balik . lepas tu balik time-2 dah nak maghrib . haha .
petang baru lah masak , kalau masak tengah hari bukan ada orang makan sangat pun . siap solat asar , masak lepas tu baru mandi sebab tak nak missed cerita Setia Hujung Nyawa , adekepatut ? haha , sambil-2 tengok tv gosok baju sekolah adik-2 and lipat kain . orang kata sambil menyelam minum air . haha .
malam baru rilekss ,online sampai ke pagi . haha , ni lah rutin aku duduk rumah . tiap jumaat & sabtu sejak kebelakangan ni busy dengan ambik lesen . pergi pagi , balik petang . dah macam nak sekolah pulakk . yang jenuhhnya kat sana bila menunggu nama kena panggil . datang awal tapi lambat nama kena panggil . yang datang lambat capat je kena panggil . menguji kesabaran betul .
nak keluar hangout dengan kawan-2 pun tak boleh . ade yang kerja lah , kat kampung lah , yang rumah jauh-2 kat kuala selangor lah , johor lah , pahang lah , macam-2 ada . ade pulak tu yang dapat PLKN . macam mana nak hang together dah kalau macam ni ?
-------------------------> bye <------------------------
|